Sunday 3 February 2013

petua menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Hey hey hey!!
Syira kembali lagi..
/applause/ 
Terima kasih, terima kasih..
kali ni..syira nak kongsi kan tips
menghilangkan lingkaran gelap
bawah mata..
Nak tak??

Lingkaran gelap selalunya berpunca disebabkan oleh kurang tidur. Tapi..kalau kita rasa, dengan melebihkan waktu tidur boleh menyelesaikan masalah tu, oh oh oh..salah..
(ye??)
Ye..malahan, ianya mengeruhkan lagi keadaan!(ooo) jangan main2..
selain itu, terdapat beberapa faktor lain seperti:

  •  Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
  •  Anda ada alahan.
  •  Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
  •  Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
  •  Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
  •  Faktor genetik.
  •  Pengaliran darah yang tidak stabil.
  •  Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.
  •  Terdedah kepada cahaya matahari.
  •  Penurunan berat badan yang agak mendadak.
  •  Ada masalah pinggang dan juga perut.
  • Tisu lemak dan cecair.
  • Masalah sinus.
  • Anda memang ada masalah kesihatan.
  • Anda seorang perokok.

Oleh sebab itu..syira dengan suka hati nak kongsi tips yang baru syira dapat..nak tau tak dari mana syira dapat??
Jeng jeng jeng..
/bunyi drum/
 syira dapat dari : http://diariummi.blogspot.com

Jadi..cara2 nak hilangkan lingkaran gelap ialah...

1) dengan menggunakan kentang

    kentang??seriously?? ye.. kentang..(macam mana nak buat?? campak je sebiji dekat muka??) oit..nanti bukan setakat lingkaran gelap tak hilang2, mata pun jadi unggu kebiruan..faham kan?? /lebam/ hik hik hik

cara pemakaian
  • kisar sebiji ketang. Kisar sampai hancur../bunyi blender/
  • Lepas dah kisar, bahagikan kentang tu kepada dua bahagian...balut kedua-dua bahagian dengan kain nipis.
(lepas tu?lepas tu??) lepas tu..tekap lah dekat mata...biarkan selama 15 hingga 20 minit..(macam tu je ke??) ha'ah..macam tu je lah..senangkan??kan?Kan??

Cara yang kedua, kita boleh menghilangkan lingkaran gelap dengan menggunakan..(apa?apa??) tekalah.(-_-) heheh..

2) dengan menggunakan timun..

    Ops!! jangan campak sebiji dekat muka macam tadi..(habis tu macam mana??)

cara pemakaian:
  • Parut hujung timun, bahagian yang warna hijau pekat.
  • Ambil tisu..lipat sampai jadi segi empat and then basahkan dengan air a.k.a jus timun tadi 
  • Boleh jugak, gunakan hampas parutan tadi..letak dekat atas tisu.
Lepas tu, macam guna kentang tadi..tekap dekat mata. Biarkan selama mana yang jelitawan sekalian nak. Amal kan selalu tau..

(lagi,lagi??) tu je lah petua yang Syira dapat..Cukup lah kan?? 

Baiklah..itu sahaja yang Syira nak kongsikan
dengan semua..
nanti kalau syira rajin..
syira kongsikan lagi petua yang syira dapat ye..
sehingga bertemu lagi..

Hug and kiss,
Nur Syahira.




No comments:

Post a Comment