Sunday 3 February 2013

petua menghilangkan jerawat

hai semua yang sedang membaca entri Syira..
thanks sangat sebab sudi meluangkan masa 
membaca entri yang tak seberapa ni..
(dah2 la tu membebel..straight tu the point je lah..)
ok2..

Hari ni..syira sukaaaa... sangat nak kongsikan tip2 kecantikan wajah kita semua..(kenapa pulak??Syira cantik ke??) tak lah..syira tak cantik mana kalau dibandingkan dengan kawan2 syira yang lain..tapi tak salah kan kalau kita sama2 kongsi ilmu yang kita ada..Syira dapat tip2 ni pun dari surat khabar and internet..nak tak??

baiklah semua..kita mulakan dengan menghapuskan musuh utama kita!!JERAWAT!!

Tip yang syira nak tunjuk ni..tak melibatkan sebarang bahan kosmetik seperti penyegar and what ever la..

 1) Kecutkan jerawat dengan ubat gigi
        
       terkejut tak??Ubat gigi?? biar betul!! betul lah..Syira pun masa mula2 baca artikel ni pun terkejut..(dalam artikel mana??) alahai..syira dah lupa la..dah lama jugak syira baca pasal ni..bukan setakat jerawat tau..bintik2 hitam pun boleh hilang..(ye ke..) ye..syira dah cuba..boleh la hilang nya..

cara pemakaian:
  • sapu ubat gigi dekat kawasan yang berjerawat atau berbintik hitam..biarkan sampai kering atau biarkan semalaman. 
      (macam tu je??) macam tu sajalah..nak macam mana lagi?? heheh..

2)Hilangkan jerawat dengan tomato

   Buah tomato??ye?? ye..buah tomato..simple and easy to do..save bajet pulak tu kan??(jadi ke??) insyaAllah jadi..(dah pernah cuba??) pernah..ok la..sekurang-kurangnya..buah tomato mempercepatkan proses menghilangkan jerawat a.k.a mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan parut..selain daripada mengecutkan jerawat, buah tomato juga boleh melembutkan kulit muka, dan mencerahkan kulit wajah!! seronok tak??

cara pemakaian:
  • belah sebiji tomato, lumurkan jus atau sapukan tomato ke atas wajah..biarkan selama satu jam atau sehingga kering.(macam tu je??) ish ish ish..kena la  basuh dulu..tak kan nak biarkan je wahai cik adik yang manis oi..
  • Caution!! sepanjang proses pengeringan jus tomato di muka..kulit muka jadi gatal2 sikit..hati2 kalau nak garuk ye..takut nanti luka2 pulak..nanti kalau luka..jangan menyesal ye..


(lagi,lagi??) sabar ye...

3) hilangkan jerawat dengan lidah buaya (hah!! lidah buaya?!!eii..seram..sekali kene ngap..) bukan                lidah buaya reptilia...aloe vera la..tau tak??..(oh..)

   Rasanya..kalau cakap pasal aloe vera ni..memang tak was was lah nak pakai..kita semua tau, aloe vera, memang kaya dengan khasiat, tak kira lah untuk muka ke, rambut ke..oh oh oh!! boleh lentikkan bulu mata jugak!!!..tau tak?(tak tau..) -_-  orang tak cakap lagi  (hehehh)..tau tak?? lendir aloe vera, bukan setakat mampu menghilangkan jerawat..tapi.....ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat../muka teruja/

cara pemakaian:
  • Ambil daun aloe vera..,potong, kerat2 kepada beberapa bahagian and then, kopek kulit luar dia. Lepas tu...sapukan lendir aloe vera pada bahagian muka yang berjerawat. Buat rawatan ni( ceh..) pada setiap pagi dan petang sampai tak ada jerawat..(Pernah cuba tak??) hmm..tak..sebab dekat rumah tak ada aloe vera..sedih ni.. =( 
 3)Hilangkan jerawat dengan masker telur

    tau tak masker telur tu apa??(hmm..)masker telur ialah, masker yang diperbuat dari putih telur...senang je nak pakainya.. masker telur dah famous tau dalam kalangan masyarakat melayu kerana ..petua masker telur ni memang berkesan! (seriously?) ye..betul..Syira dah cuba..alhamdulillah..Selain berfungsi menghilangkan jerawat, masker telur juga boleh menghilangkan blackhead & whitehead. Suka lah tu!!

cara pemakaian:
  • guna sebiji telur, asingkan putih telur dengan kuning telur. ambil putih telur dan kacau sampai berbuih. Lepas tu, sapukan dekat muka..(sapu pakai apa?) pakai jari pun boleh..biarkan selama 30 minit. lepas tu basuh. 
  • Kalau nak hilangkan blackhead & whitehead, celupkan tisu ke dalam putih telur. Lepas tu tempekkan dekat hidung Seelok2 nya, biarkan selama 30 minit. Lepas dah kering, tanggalkan. and then observe la..gerenti ada yang melekat dekat tisu tu..
  • Caution!! ada dalam satu artikel ni, dia kata, bila masker telur dah mengering, nanti dia mengeras dan menyebabkan kita sukar menggerakkan muka. Nasihat dia, jangan gerakkan muka atau, muka anda akan jadi...BERKEDUT...
4) Hilangkan jerawat dengan air basuhan beras

    semua orang tau, air basuhan beras memang elok untuk muka. Syira yakin, cik adik yang rupawan yang sedang membaca entri Syira ni pun tau tentang khasiat air basuhan beras ,kan??

Cara pemakaian:
  • kalau diikutkan petua tradisional, cara2nya...mula2 selawat 3 kali. Lepas tu..alirkan air basuhan beras dekat muka. Jangan lap! biar kan sampai kering. lepas dah kering..basuh dengan air suam. ( aik??macam tu je?)tak lah..  lepas tu..pergi la masak nasi..ngehngehngehngeh.. 

Baiklah semua..
sampai disini sahaja yang dapat syira taipkan buat tatapan semua.
Fuh..
naik lenguh tangan syira menaip..
kita jumpa lagi di lain hari dan di lain waktu..

Hug and kiss,
Nur Syahira.




2 comments: